Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: WANITA MENGAKU TAK BERSALAH MILIKI BAHAN BERKAITAN AL-ARQAM

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 - Seorang wanita mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki penerbitan larangan yang dikaitkan dengan ajaran sesat Al-Arqam.

Tertuduh, Aishah Bula Tajuddin, 60, membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Farah Nabihah Muhammad.

Dia didakwa memiliki hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam, antaranya bertajuk Darul Arqam 25 Tahun Perjuangan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi, Khutbah Aidilfitri 1413 Hijrah, Siri Terkini Era kasih Sayang ‘Abuya Pemimpin Kasih Sayang’ dan Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya, tanpa sebab yang munasabah.

Mengikut pertuduhan, Aishah didakwa memiliki tanpa sebab yang munasabah 38 hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam, bulan lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Kampung Sungai Penchala, Brickfields di sini pada 11.30 pagi, 21 September lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS