Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM SIAP SIAGA BERDEPAN KEMUNGKINAN BAH

Kota Bharu, 30 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, persiapan itu terdiri daripada kekuatan anggota, aset dan sebagainya.
“Kita sudah mengadakan mesyuarat dan persiapan rapi dari segi kenderaan, bot, kekuatan pegawai serta anggota.
“Kelantan sahaja lebih 1,000 pegawai dan anggota yang bersiap sedia dan banjir bukan perkara baharu, sebaliknya kita sudah berdepan setiap tahun.
“Persediaan ini bukan hanya membabitkan PDRM sahaja, sebaliknya semua agensi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kelantan Kelantan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Kelantan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS