Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: PDRM, MCMC BEKERJASAMA SIASAT KUMPULAN PENGANTUNAN SEKSUAL KANAK-KANAK DI MEDIA SOSIAL

Kuala Lumpur, 1 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat kewujudan kumpulan menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak di media sosial.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata ia dilaksanakan melalui Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"D11 JSJ akan mendapatkan maklumat dan bantuan daripada MCMC serta pihak Meta berhubung perkara terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahad lalu, polis mengesahkan menjalankan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak atau 'sexual grooming' di media sosial.

Tan Sri Razarudin dilaporkan berkata hasil semakan MICAC D11 mendapati, hantaran terbabit memaparkan tangkap layar sebuah akaun kumpulan Facebook berkaitan isu terbabit.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS