Kuala Lumpur, 5 November 2024 - "Terima kasih dan tahniah Polis Kemaman, polis dan masyarakat berpisah tiada.”
Begitu kata-kata dalam hantaran pengguna Facebook, Puan Mazita Mazelan selepas tindakan pantas dua anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) dalam membantu menyelamatkan abang iparnya yang mengalami serangan jantung, baru-baru ini.
“Abang ipar tiba-tiba senyap dalam kereta, serangan jantung dari rumah, kebetulan sampai Medan Selera Geliga terserempak unit MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, sebuah MPV membuka dan minta pertolongan mereka.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 53 saat memaparkan lampu mata arah ketika mengiringi kenderaan dinaiki Puan Mazita sekeluarga yang jelas berada dalam keadaan cemas.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.