Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: GUNA PAIP BESI HASILKAN SENJATA

Kuala Lumpur, 24 November 2024 - Hasilkan sendiri pelbagai model senapang patah dengan hanya menggunakan paip besi dan kayu diukir di rumah.
Itu antara pelbagai senjata api buatan sendiri milik seorang lelaki yang dirampas selepas disyaki turut terbabit dalam aktiviti pemburuan haram serta menjerat hidupan liar dilindungi.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kejayaan itu adalah hasil Operasi Bersepadu Khazanah Zon Selatan dianggotai penguatkuasa Jabatan Perhilitan, Perbadanan Taman Negara Johor, anggota Pasukan Gerakan Am, dan Pasukan Simpanan Persekutuan.
“Operasi membabitkan banteras jenayah hidupan liar ini dilakukan terhadap sebuah kediaman di Felda Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada jam 12 tengah hari kelmarin.
“Seorang lelaki tempatan yang juga penghuni kediaman berusia 30-an ditahan untuk soal siasat,” katanya.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS