Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA TUMPAS SINDIKET PENYELUDUPAN DI SABAH, RAMPAS RM20 JUTA PELBAGAI BARANGAN

Kota Kinabalu, 29 November 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras, rokok dan makanan sejuk beku bernilai RM20 juta termasuk cukai dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini dan Penampang.

Serbuan menerusi Op Taring Ezzone, Op Kontraban, Op Bersepadu Khazanah pada 19 hingga 26 November lalu turut menahan 29 lelaki.

Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias berkata, tiga serbuan dilaksanakan pegawai dan anggota dari PGA Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Batalion 16 Kinarut, Batalion 21 Keningau, Batalion 14 Tawau dan Batalion 20 Beluran.
Katanya, serbuan pertama di sebuah stor di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sepanggar dan merampas 56,616 tin minuman keras pelbagai jenama, sebuah treler, lori dan van serta 11 telefon bimbit pelbagai jenama.

“Serbuan juga menahan tujuh warga tempatan dan lima warga Indonesia. Jumlah keseluruhan rampasan termasuk cukai dianggarkan RM2,056,732.81.

“Serbuan kedua dijalankan di sebuah rumah tanpa nombor di Jalan NC Mogunting, Penampang dan premis di Kampung Ganang, Kepayan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS