Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: LEBIH 50 TAN DADAH BERNILAI RM308 JUTA DIRAMPAS

Petaling Jaya, 29 November 2024 - Lebih 50 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM308 juta berjaya dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sepanjang tempoh enam bulan tahun ini.
Rampasan itu membabitkan pelbagai jenis dadah dan racun antaranya Methamphetamine, MDMA, Erimin, pil Ekstasi, Ketamin, Syabu, Heroin, Kokain, Ganja dan ketum yang boleh digunakan oleh 36 juta individu atau melebih jumlah penduduk negara ini.
Pengarah JSJN, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata, kejayaan itu dicatatkan sejak beliau menerajui jabatan itu pada Mac hingga Oktober lalu.
Dalam tempoh sama, katanya, seramai 180,405 individu turut ditahan dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah.
"Ini membabitkan penagih, pengedar, transporter dan mereka yang terlibat dengan sindiket dadah.
“Antaranya Op Havanese apabila JSJN Bukit Aman berjaya melumpuhkan sindiket memproses dadah jenis Ekstasi di Lembah Klang dengan tangkapan dua lelaki tempatan membabitkan rampasan dadah jenis MDMA sebanyak 213 kilogram (kg) bernilai RM33.65 juta.
“Dalam tempoh itu, sebanyak 50,625 kg dadah dan racun dianggarkan bernilai RM308 juta dirampas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS