Kota Bharu, 5 Disember 2024 - Tiada sebarang tangkapan dijalankan oleh pihak polis di kawasan Sungai Golok susulan larangan merentas sempadan melalui Sungai Golok yang dikuatkuasakan bermula 1 Disember lalu.
Ketua Polis
Kelantan , CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini, tiada seorang pun individu yang ditahan kerana cuba merentas masuk ke Thailand atau pulang semula ke
negara ini melalui pangkalan haram di Sungai Golok.
Menurutnya, siasatan mendapati, orang ramai tidak berani menyeberang Sungai Golok kerana paras air sungai terbabit meningkat sehingga mengakibatkan banjir besar di Rantau Panjang baru-baru ini.
“Bagaimanapun, kawalan sempadan oleh
Pasukan Gerakan Am(PGA) masih diteruskan walaupun dalam keadaan banjir.
“Setakat ini, tiada tangkapan dijalankan terhadap individu yang cuba merentas sempadan melalui Sungai Golok selepas empat hari larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram dikuatkuasakan," katanya ketika dihubungi Kosmo semalam.
Mengulas lanjut, Dato’ Hj. Mohd Yusoff memberitahu, anggota PGA masih memperketatkan kawalan di sepanjang Sungai Golok untuk mengesan individu yang cuba keluar atau masuk ke negara ini melalui pangkalan haram.
Katanya, selain itu, tiada sebarang kegiatan penyeludupan dikesan berlaku di kawasan Sungai Golok semasa musim banjir.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan
Kosmo seperti di lampiran.