Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: POLIS TAHAN PENGURUS RESTORAN, GUNA PERALATAN HIDANGAN PAPAR GAMBAR PEMIMPIN KOMUNIS

Kuala Lumpur, 6 Disember 2024 - Polis menahan seorang pengurus restoran selepas mendapati menggunakan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan gambar pemimpin komunis di restoran terbabit di Bandar Botanic, Klang, semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata serbuan dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selatan pada 10 malam susulan maklumat yang didedahkan menerusi satu video di Youtube dimuat naik pemilik akaun 'luiswong 90".
"Susulan daripada itu, polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit.

"Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas lima mangkuk seramik putih tercatit tulisan bahasa Cina dan gambar muka Presiden Komunis China, Mao Zedong bersama rakan-rakannya," katanya ketika dihubungi.

Tan Sri Razarudin berkata turut dirampas cawan kaca teh seramik dengan tulisan bahasa Cina berserta gambar, sudu sup seramik yang mempunyai gambar Mao Zedong serta resit perniagaan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS