Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KETUA PENOLONG PENGARAH (D11) BELA NASIB WANITA, KANAK-KANAK

Kuala Lumpur, 14 Disember 2024 - Ketua Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual Wanita dan kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan mengakui bukan senang menggalas tugas berkenaan kerana perlu berdepan kekejaman dan menegakkan keadilan untuk wanita dan kanak-kanak.

Sebagai seorang wanita dan ibu, beliau cepat tersentuh melihat kekejaman dan perilaku tidak berperikemanusian yang dilakukan terhadap anak kecil.

Beliau, turut berbiacara trend jenayah masa kini berubah-ubah, di mana jenayah pengangtunan kanak-kanak di media sosial semakin mencatatkan peningkatan.
Kes melibatkan jenayah seksual kanak-kanak kadangkala sukar untuk diselesaikan kerana mangsa tidak tahu mereka dieksploitasi.

Selain itu, sikap masyarakat yang masih mengamalkan konsep menyalahkan mangsa menyebabkan mangsa takut untuk tampil ke hadapan untuk membuat laporan.
Bahagian D11 JSJ juga bertanggungjawab mengendalikan kes-kes keganasan rumah tangga. Bercerita mengenai pengalaman dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga, katanya masalah itu masih lagi sukar dibendung walaupun kempen kesedaran giat dijalankan bersama pelbagai agensi.

Bacaan lanjut tentang wirawati Polis Diraja Malaysia ini menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS