Kuala Lumpur, 22 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat dua skim pelaburan dikaitkan dengan seorang rakyat Malaysia sebagai ketua sindiket pelaburan itu yang didakwa menipu hampir 5 bilion baht (RM652.8 juta).
Lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun itu ditahan di Pusat Pemeriksaan Sadao ketika hendak memasuki negara berkenaan pada 16 Disember lalu manakala isterinya ditahan di
sebuah lokasi lain di Thailand.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, merujuk kepada laporan media, pasangan itu dikaitkan dengan pelaburan yang dikenali Nicshare dan Commonapps.
“Setakat ini, 24 laporan polis sudah diterima berkaitan pelaburan Nicshare membabitkan nilai kerugian RM8.212 juta dan dua laporan bagi skim pelaburan Commonapps dengan nilai kerugian RM34O,O79.
“Siasatan pada masa ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.