Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JSPT, PERKESO ANJUR KEMPEN KESELAMATAN BABIT KENDERAAN BERAT


Kuala Lumpur, 30 Disember 2024 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mendekati syarikat pengangkutan dalam mengurangkan kes kemalangan membabitkan kenderaan berat hingga mengorbankan nyawa di negara ini.

Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, melalui pendekatan itu, program ceramah akan diberikan berkaitan keselamatan jalan raya kepada pemandu syarikat pengangkutan.

“la langkah susulan selepas JSPT menjalinkan kerjasama dengan PERKESO dalam usaha memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya bermula di peringkat sekolah hingga ke universiti.

“Malah program ini turut membabitkan pengusaha p-hailing di negara ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS