Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GUNA AGAMA BUAT JENAYAH SEKSUAL

Petaling Jaya, 2 Januari 2025 - Gelaran agamawan yang sepatutnya menjadi simbol kepercayaan dan kesucian agama kini telah disalahgunakan oleh segelintir individu untuk melakukan jenayah seksual.

Situasi berlaku apabila kebanyakan orang berilmu ini sering mendapatkan kepercayaan ibu bapa serta masyarakat sehingga mendorong si pelaku mencari mangsa yang naif untuk melempias nafsu mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan mendedahkan, golongan agamawan yang sering terlibat terdiri daripada guru agama, pendakwah selebriti serta ustaz.

“Pelaku yang menggunakan status agamawan akan meraih kepercayaan mangsa sebelum melakukan 'grooming'.

"Modus operandi individu seperti ini adalah melibatkan pendekatan baik seperti memberi hadiah atau menunjukkan kebaikan kepada mangsa sebelum meminta mangsa melakukan perbuatan tidak senonoh seperti urut di bahagian sulit, kemaluan atau perbuatan seksual,” katanya kepada Kosmo baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

All reactions:
459459
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS