Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM PERTINGKAT KESELAMATAN HADAPI TUAN RUMAH ASEAN - KPN

Kuala Lumpur, 2 Januari 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan kesiapsiagaan bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin, seiring cabaran baharu selepas Malaysia secara rasmi mengambil alih Kepengerusian ASEAN tahun ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, tanggungjawab besar itu menuntut PDRM untuk terus melengkapkan diri dengan pelbagai kompetensi kepolisan moden, khususnya dalam memastikan kelancaran program bertaraf antarabangsa yang akan berlangsung di negara ini.

“Sebagai penguatkuasa undang-undang, seluruh warga Sang Saka Biru perlu memperkukuhkan integriti, berdedikasi melaksanakan amanah, mematuhi peraturan serta mengekalkan prinsip kesederhanaan dan istiqamah dalam kebaikan,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu semalam.

Menurut beliau, keupayaan PDRM diuji pada tahun lalu melalui pelbagai kes berprofil tinggi yang memerlukan kompetensi tinggi dalam aspek sumber manusia, logistik, teknologi dan tatakelola organisasi.

“Tahun 2024 adalah masa untuk kita (polis) menggandakan usaha dalam memastikan tahap keselamatan berada pada kedudukan terbaik, terutama apabila negara berada di tempat ke-10 dalam Indeks Keamanan Global 2024 daripada 163 negara.

“Pencapaian tersebut bukan sahaja kebanggaan kita tetapi turut memberi keyakinan kepada pelabur asing, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS