Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP RAGADA: POLIS SUDAH LENGKAPKAN SIASATAN - KPN

 
Kuala Lumpur, 18 Januari 2025 - Polis sudah melengkapkan siasatan kes pengubahan wang haram dikaitkan dengan pengurusan tinggi sebuah syarikat penyiaran di Sarawak serta beberapa individu lain dan akan merujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 409 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan serta Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, kes pengubahan wang haram disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Susulan itu, beliau berkata, ketua pegawai eksekutif syarikat penyiaran bersama isteri dan dua lagi individu ditahan pada Jumaat minggu ialu dibebaskan dengan jaminan, begitu juga bekas Datuk Bandar dan seorang bekas pengurus besar sebuah syarikat kumpulan media.

“Semua empat yang ditahan 10 Januari lalu sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadap mereka selesai dijalankan. Dua tangkapan terbaharu, iaitu bekas Datuk Bandar berusia 67 tahun dan wanita berusia 71 tahun tidak dibawa untuk reman kerana aspek umur dan kesihatan mereka.

“Kedua-dua juga dilepas dengan jaminan polis dan dikehendaki membantu siasatan,” katanya kepada BH semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS