Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HAD LAJU JALAN PERSEKUTUAN 80KM/J SEMPENA TAHUN BAHARU CINA


Kuala Lumpur, 28 Januari 2025 - Had laju di semua jalan Persekutuan di seluruh negara akan diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j bermula hari ini hingga 2 Februari depan, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, berkata penurunan sementara had laju selama enam hari sepanjang Op Bersepadu itu bertujuan meminimumkan risiko kemalangan jalan raya.

“Sepanjang tempoh itu, kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara supaya tidak mengganggu aliran trafik, manakala kerja kecemasan yang perlu disegerakan demi keselamatan pengguna akan dirancang sebaiknya.

“Sekiranya perlu, laluan alternatif akan disediakan supaya tidak mengganggu perjalanan pengguna ke destinasi dituju,” katanya menerusi kenyataan kepada BERNAMA, semalam.

Selain itu, bagi memastikan kelancaran lebuh raya, Dato Sri Alexander Nanta turut mengarahkan syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di jajaran Sedenak-Kulai bermula 23 Januari hingga 3 Februari ini.

Dato Sri Alexander Nanta menyarankan semua pengguna jalan raya bersiap siaga sebelum melakukan perjalanan, termasuk menjaga kesihatan, berehat secukupnya sebelum dan ketika perjalanan supaya tidak keletihan melampau serta mengantuk ketika memandu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Had laju jalan Persekutuan 8okm/j sempena Tahun Baharu Cina Penurunan sementara bermula hari ini sehingga Februari bagi kurangkan risiko nahas jalan raya HE Zaid Salim bhnews@bh.com.my lajudi sennia สไลงง diturunkan darinada Semua penggunajalar jalan raya bertanggungjawab memastikan keselamatan diri dan penumpang serta keselamatan dan keselesaan pengguna lain နသ ryB- Cina. siage melakukan perjalanan kepada semalam. memastikan bit, (RFID cuti sambutan Tahun (Fotohiasan) Alexander NantaLinggi, Frekuensi mempu PEJIS syarikat Kerja Raya keselamatan keselesaan laino Kuala sebanyak lokasi p , akand dirancang Besur Kuala memastikan የውው lenggangg destinasi dituju,' tidak ketika Khairi trafik Kenne sempena 23 o02 shah Bandar, malam. se-'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS