Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM TUMPASKAN SINDIKET PENYELEWANGAN DIESEL

Kota Kinabalu, 5 Februari 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dan menahan enam lelaki selain merampas 102,300 liter diesel subsidi di stor penyimpanan minyak di Inanam, di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Nazri Ibrahim, berkata serbuan menerusi Op Taring Landai itu dijalankan kira-kira jam 12 tengah hari oleh Unit Gempur Marin (Ungerin) PPM Wilayah Empat Sabah pada Isnin lalu.

Katanya, sepanjang operasi terbabit, pasukan serbuan merampas beberapa kenderaan termasuk lori tangki dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM 1,239,545.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam premis berkenaan mendapati wujudnya aktiviti penyimpanan minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran.

“Siasatan lanjut juga mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen pemilikan atau menyimpan barang bersubsidi yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya, terdapat enam lelaki yang tidak dikenali yang disyaki sebagai pekerja di dalam premis berkenaan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Borneo Sabah.

May be an image of text that says 'KOTA KINABALU: Maria kegiatan menahan 02.300 liter minyak PENYELEWENGAN DIESEL TUMPAS Oleh Olviana Najarus rampas 102,300 liter diesel bersubsidi, enam lelaki ditahan menerusi Op Taring Landai Sabah, Asisten Ibrahim, 12tengah Unit Wilayah Empat Sabah Perdagangan Dalam Hidup (KPDN), katanya kenyataan mediad rampasan RMI,239,545,' sepanjang terbabit, pasukan Behau tangkapan semia erdapat lelakiy tangki dengan eseluruhan KPDN untuk pekerja RAMPAS: Tangki simpanan minyak yang dirampas dalam serbuani ini. yang mengikut ATA Kawakn Bekalan dalam premis mendapati wujudnya aktiviti 0hingga penyimpanan bersubsidi kebenaran. mendapati mereka gagal dokumen pemilikan menyimpan ersubsidi sah dari Kementerian tujuhu minyak pelhagai anggaran miau menahan 0lelaki,' katanya.'  
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS