Kota Bharu, 15 Februari 2025 - Tembelang satu sindiket menyembunyikan sekumpulan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah hotel di Jalan Tok Guru di sini sebelum dihantar ke Kuala Lumpur terbongkar apabila diserbu
Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.
Serbuan pada pukul 4 pagi itu dapat menahan PATI warga Myanmar dan India.
Komander
Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu didalangi dua tekong berusia 36 dan 54 tahun yang bertindak menguruskan kegiatan penyeludupan PATI di negara ini.
Katanya, ketika serbuan terdapat seramai 19 PATI berada di dalam hotel berkenaan, manakala seorang di luar.
“Kesemua PATI itu gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah untuk masuk ke negara ini.
“Siasatan lanjut mendapati, mereka dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan,” katanya.
Menurut Dato' Nik Ros Azhan, dua buah kenderaan dan dua telefon bimbit dengan nilai keseluruhan RM98,000 yang digunakan untuk kegiatan menyeludup PATI turut dirampas.
“Dua tekong darat bersama 20 PATI itu dibawa ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Kosmo Online seperti di lampiran.