Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GUNA DRON TUMPASKAN KILANG E-WASTE


Sungai Siput, 17 Februari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses sisa buangan elektronik atau "e-waste" di sebuah kilang di sini baru-baru ini, hasil intipan lebih sebulan termasuk menggunakan dron.

Barangan yang dirampas dan disita bernilai RM1.31 bilion seperti pelbagai jenis sisa buangan terjadual "e-waste", mesin pemprosesan dan pengasingan sisa, jentera, kenderaan dan bangunan yang dipercayai dijadikan makmal penyelidikan.

Premis itu terletak berdekatan kawasan industri, kira-kira dua kilometer pendalaman dari jalan utama yang menghubungkan Ipoh dan Sungai Siput.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, SAC Shahrum Hashim berkata, dalam serbuan pada 15 Februari lalu, seramai 27 individu ditahan terdiri termasuk beberapa warga Myanmar dan China serta seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai anak kepada pekerja Myanmar.

Mereka yang ditahan itu berusia antara dua hingga 60 tahun dan warga asing yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk semakan dokumen.

“Seorang daripada warga China itu merupakan penjaga makmal yang mungkin membuat kajian,” katanya ketika meninjau kilang tersebut bersama Jabatan Alam Sekitar Perak di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

Mungkin imej 3 orang dan teks


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS