Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENTING FAHAMI IMPAK BULI


Shah Alam, 17 Februari 2025 - Cuti sekolah sudahpun berakhir menandakan rutin sebagai seorang pelajar pun bermula.

Namun, minggu terakhir baru-baru ini diisi dengan program bermalam selama dua hari satu malam kepada lebih 60 pelajar di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.

Pelajar yang berusia antara sembilan dan 15 tahun itu, diberi pendedahan untuk kembali fokus kepada pelajaran dan mengejar impian serta cita-cita.

Sepanjang Program A Night at Karangkraf berlangsung, antara aktiviti menarik disediakan ialah perkongsian disiplin dan impak buli oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Dalam perkongsian itu, peserta diberi peluang merasai sendiri pengalaman sebagai pembuli dan impak yang berlaku terhadap dirinya di mata masyarakat.

Sarjan Nik Mohamad Hafiz Hashim berkata, pelajar perlu mendapat maklumat tepat mengenai keburukan buli dan kes jenayah sejak dari awal persekolahan.

“la supaya wujud kesedaran bahawa perilaku itu tidak baik dan amat buruk di mata orang ramai.

"PDRM faham bahawa ada sesetengah ibu bapa atau penjaga yang sangat sibuk dan tidak sedar bahawa anak-anak mereka ini mungkin jadi pembuli atau mangsa," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS