Kuala Lumpur, 24 Februari 2025 - Bukit Aman menerima 32 laporan polis membabitkan kerugian lebih RM1.398 juta berhubung kes tipu dalam program pelaburan saham didakwa didalangi lelaki bergelar Datuk.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua laporan polis dibuat mangsa pelaburan membabitkan sebuah syarikat antara tempoh 19 Januari lalu hingga Jumaat lalu.
Beliau berkata, sejumlah 15 kertas siasatan sudah dibuka mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan tipu membabitkan nilai kerugian berjumlah RM638,205.
“Siasatan awal mendapati syarikat ini ditubuhkan 24 Februari 2022 dan memiliki dua pengarah syarikat, termasuk Datuk terbabit yang dilantik sebagai pengarah pada 10 Mei 2022.
“Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.