Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [ARTIKEL PILIHAN] UPDATE: 15 RAKYAT MALAYSIA DIPAKSA JADI "SCAMMER" DI MYANMAR - KPN


Kuala Lumpur, 25 Februari 2025 – Siasatan awal polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air dari Myanmar menerusi Thailand, semalam, dipaksa menjadi "scammer" oleh sindiket jenayah penipuan.

Mangsa yang diperdaya melalui tawaran pekerjaan ini dipaksa oleh sindiket di Myanmar untuk melakukan penipuan bagi aktiviti pelaburan kripto, bitcoin dan “love scam”.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua mangsa terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 45 tahun turut dipaksa menjadi juruteknik komputer dan telefon bimbit.

"Tujuan sindiket penipuan terbabit adalah untuk melancarkan urusan aktiviti penipuan menerusi panggilan atas talian yang dilakukan mereka.

"Kesemua mereka didapati berada di Myanmar sejak 2023 dan 2024 selepas terpedaya dengan tawaran kerja menerusi aplikasi media sosial.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../15-rakyat-malaysia-dipaksa...

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS