Petaling Jaya, 14 Mac 2025 - Seramai 2,076 warga asing ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai terlibat dengan jenayah penipuan di negara ini dalam tempoh dua tahun sejak 2023.
“Kita mendapati separuh daripada individu yang ditahan adalah warga China. la diikuti dengan Indonesia (280), Bangladesh (124), Nigeria (101), Taiwan (91), Vietnam (84). Seterusnya warga India, Filipina, Thailand dan lain-lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.