Pendang, 25 Mac 2025 - Berkhidmat selama 40 tahun, satu bulan, 21 hari dalam badan uniform memberikan satu kepuasan buat Muhamad Puzi Wahad, 68, yang bersara sebagai Sarjan Mejar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau,
Perlis pada 22 Jun 2016.
Lebih mengujakan beliau, dua daripada tujuh anaknya turut mengikut jejak langkahnya menyertai pasukan Sang Saka Biru malah seorang cucunya juga melakukan perkara yang sama.
Anak kelimanya, Koperal Mohd Khairul lzaidy, 38, kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kedah, anak bongsunya, Lans Koperal Nur Syazwani Atiqah, 28, bertugas di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh manakala cucunya, Konstabel Muhammad Azrie Mohd Azhar, 22, kini di
Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol.
“Dua menantu saya juga anggota polis iaitu Koperal Rusidi Zainol Abidin, 39, bertugas di Pasukan Simpanan Persekutuan Sungai Senam, Ipoh dan Koperal Asrulezal Osman, 38, yang bertugas di IPD Yan,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Rambutan, Mukim Padang Pusing, di sini.