Kuala Lumpur, 26 Mac 2025 - Persepsi masyarakat terutama di media sosial terhadap kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan kes berprofil tinggi menjadi cabaran kepada seluruh warga pasukan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatannya.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, meskipun sering tular pelbagai kecaman dan tohmahan, masyarakat masih memberi kepercayaan dan harapan tinggi kepada pasukan itu dalam memastikan kesejahteraan negara.
“Dengan jumlah lebih 134,000 anggota, saya dan barisan kepimpinan tertinggi pasukan mengharapkan masyarakat turut membantu memperteguhkan penyampaian perkhidmatan dan integriti warga pasukan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Polis Ke-218 tahun 2025 di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis di sini semalam yang dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri
Anwar Ibrahim.