Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] OP NORTHEN STAR: POLIS KENAL PASTI INDIVIDU ADA KAITAN DALANG PENIPUAN PELABURAN MBI - KPN

Kuala Lumpur, 12 April 2025 - Polis Diraja Malaysia mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas skim penipuan pelaburan, MBI International Group (MBI).

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu terbabit dikesan hasil siasatan lanjut terhadap lapan individu, termasuk empat yang bergelar Datuk, yang ditahan menerusi Operasi Northern Star (Op Northern Star) pada 20 Mac lalu.

Tan Sri Razarudin berkata, bukti baharu yang diperoleh membolehkan pihak polis mengesan lebih ramai yang dipercayai terbabit dalam rangkaian penipuan berasaskan 'Ponzi Scheme' berkenaan.

"Siasatan mendapati, ada dalam kalangan mereka masih berada di dalam negara dan aktif mengendalikan pelbagai bentuk perniagaan.

"Tindakan sitaan dan pembekuan aset bernilai RM3.17 bilion oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman pada 20 Mac lalu itu adalah fasa pertama siasatan.
"Kita menjangkakan lebih ramai lagi individu yang mempunyai kaitan akan dikenal pasti dalam fasa seterusnya, termasuk pelaksanaan tindakan sitaan dan pembekuan aset tambahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kenal-pasti-individu...

Sumber berita: Berita Harian




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS