Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BAHAGIAN D3 MAIN PERANAN INKLUSIF - KPN

Kuala Lumpur, 14 April 2025 – Polis Diraja Malaysia khususnya Bahagian (D3), Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dengan tumpuan pada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 memainkan peranan penting dalam membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, beberapa usaha yang signifikan sudah dilakukan Bahagian D3 untuk menangani jenayah itu. Menurutnya, antaranya membabitkan sistem pengumpulan data untuk membina mekanisme pemantauan dan penilaian yang efektif.

Katanya, ia membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti corak dan trend jenayah penyeludupan migran.

“Mengambil inisiatif holistik dalam penguatkuasaan bersepadu, menyelaras pelbagai agensi dan sumber daya untuk meningkatkan kesan dalam memerangi jenayah penyeludupan migran.

“Bekerjasama secara aktif dengan agensi antarabangsa untuk mengukuhkan usaha membanteras aktiviti jenayah penyeludupan migran.

“Kerjasama ini termasuk pertukaran maklumat, latihan bersama dan operasi bersama dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'RAZARUDIN Bahagian D3 main peranan inklusif Kuala Lumpur: Polis Di- raja Malaysia (PDRM) khu- susnya Bahagian D3 An- tipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) dengan tumpu- an pada Akta Antipemer- dagangan Orang dan An- tipenyeludupan Migran 2007 memainkan peranan penting dalam membante- ras pemerdagangan orang dan penyeludupan mig- ran. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ber- kata, beberapa usaha yang signifikan sudah dilaku- kan Bahagian D3 untuk menangani jenayah itu.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS