Kuala Lumpur, 12 April 2025 - Cubaan tiga lelaki dipercayai keldai dadah untuk menghantar bekalan ke Miri, Sarawak, tidak berhasil apabila ‘lokasi persembunyian' mereka di sebuah hotel di Kuchai Lama di sini diserbu pihak berkuasa, Sabtu lalu.
Operasi yang dijalankan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menemukan dadah jenis Syabu seberat 104 kilogram bernilai RM3.33 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan dijalankan jam 11.40 malam susulan risikan dan maklumat diperoleh.
“Pasukan dibahagikan kepada dua dengan pasukan pertama menyerbu sebuah bilik hotel dan berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 38 dan 44 tahun.
“Hasil pemeriksaan menjumpai dua bagasi mengandungi 70 bungkusan plastik teh cina berisi dadah disyaki Syabu anggaran berat 72.8 kilogram.
“Pada masa sama, pasukan kedua yang menyerbu sebuah lagi bilik hotel terletak berdekatan bilik pertama itu menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun dan menemui satu bagasi mengandungi 30 bungkusan disyaki Syabu seberat 31.2 kilogram,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.