Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MAHASISWA DINASIHATI USAH GADAI MASA DEPAN JADI 'KELDAI AKAUN'

Arau, 21 April 2025 - Polis Diraja Malaysia memberi amaran kepada pelajar supaya tidak merosakkan masa depan mereka dengan menjadi ‘keldai akaun'' untuk sindiket penipuan.

Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Mohd Mahidisham Ishak, berkata pelajar yang terbabit dalam jenayah berkenaan berisiko menerima hukuman berat jika didapati bersalah mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang dipinda pada Oktober lalu.

Katanya, jika didakwa di mahkamah kerana menjadi keldai akaun, tindakan itu akan menjejaskan peluang pelajar mendapat pekerjaan.

“Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Mengikut pindaan Seksyen 424A, B dan C Kanun Keseksaan, menjadi satu kesalahan bagi seseorang untuk memiliki atau mengawal akaun orang lain atau membenarkan orang lain pemilikan atau kawalan akaun perbankan seseorang melalui mana-mana instrumen pembayaran.

“Perbuatan menjadi keldai akaun suatu kesalahan berat. Justeru, orang ramai perlu sentiasa peka dan memantau pergerakan wang dalam akaun mereka supaya tidak digunakan oleh sesiapa untuk melakukan sebarang transaksi yang mencurigakan, berunsur jenayah dan penipuan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, slow loris and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS