Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA POLIS PANGKAT KOPERAL CEDERA SELEPAS SUSPEK WARGA NIGERIA BERGARI BERTINDAK AGRESIF


Kuala Lumpur, 27 April 2025 - Seorang anggota polis putus sebahagian telinga kiri akibat digigit seorang lelaki warga Nigeria ketika cuba memasukkan suspek ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) di Jalan Kepong, Metro Prima di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian jam 10.03 pagi itu, anggota polis berpangkat Koperal itu sedang membantu membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas lelaki tersebut ditahan kerana membuat kacau di sebuah klinik di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak agresif ketika hendak dimasukkan ke dalam kenderaan polis.

“Ketika itu, tangannya sudah bergari di belakang. Secara tiba-tiba suspek bertindak menggigit telinga kiri anggota terbabit sehingga terputus sebahagian.

“Anggota itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Mungkin imej 1 orang dan teks yang berkata 'Kuala Lumpur corang anggota polis TELINGA PUTUS KENA GIGIT Anggota polis pangkat koperal cedera selepas suspek warga Nigeria bergari bertindak agresif agr sukkan warga cuba dalam peronda polis Me- itu, berpangkat koperal polis su belakang Se- Polis Kuala Datuk usdi berkata dalam Lum- terbabit berada negara ini tanpa dokumen perjalanan ditahan bagi sehingga SEORANG polis putus teling kiri selepas digigit lelaki wanga Nigeria sebuah Metro Prima, Kepong. Beliau berkata, Seksyen siasatan Anggota Hospital Lumpur untuk rawatan Keadaan mengikut Seksyen bertindak hendak imasukkan kenderaan polis. parah awam men- berusia Siasatan berkata, suspek tahun didapati dijalankan Seksven 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS