Anggota Polis Diraja Malaysia memasang kamera badan (BWC) sebelum memulakan tugasan di Ibu Pejabat
Daerah Kuala Terengganu, semalam.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan berkata, pemakaian BWC penting bagi menjaga integriti dan kredibiliti kedua-dua pihak sama ada polis atau orang awam.
Dato’ Seri Sahabudin berkata, sebanyak 7,648 unit BWC selesai diagihkan ke seluruh negara.