Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 124 INDIVIDU DITAHAN JUDI SABUNG AYAM, LOTERI DALAM HUTAN

Sungai Buloh, 15 Mei 2025 - Kegiatan perjudian seperti aktiviti sabung ayam dan loteri haram yang beroperasi dalam hutan di sini, terbongkar apabila polis menahan 124 individu dalam serbuan Op Dadu Mega pada Ahad lalu.

Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Marsus berkata, operasi itu bagi mengekang aktiviti melibatkan perjudian sabung ayam, judi luar bangunan (permainan bola golek) dan loteri haram.

“Serbuan Op Dadu Mega ini dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman yang melakukan risikan sejak Oktober tahun lalu.

“Operasi itu dilaksanakan bersama Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman, Unit Anjing Pengesan (K9) JSJ Bukit Aman dan Unit Veterinar Putrajaya dengan melibatkan kekuatan keseluruhan seramai 94 orang," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dato’ Fadil berkata, dalam serbuan itu, seramai 124 orang berjaya ditahan iaitu 120 lelaki dan empat wanita yang terdiri daripada 46 warga tempatan serta 78 warga Indonesia.

“Kita turut merampas 52 ekor ayam hidup, tujuh ekor ayam mati, 17 bilah senjata taji ayam yang diperbuat daripada besi dan satu alat penimbang berat bagi aktiviti perjudian sabung ayam, selain peralatan permainan bola golek serta loteri awam tanpa lesen. Rampasan wang tunai keseluruhan ialah sebanyak RM 145,855,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS