Kuala Lumpur, 31 Mei 2025 - Seramai 1,435 warga asing, kebanyakannya pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Pusat Bandar Utara, di sini, ditahan untuk pemeriksaan dan seniakan rapi pihak berkuasa dalam Operasi Kachi di sini, tengah malam kelmarin.
Serbuan berskala besar membabitkan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia
(PDRM) itu, bermula jam 10.45 malam dengan setiap laluan keluar dan masuk ke kawasan premis perniagaan dan rumah kedai berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur itu dikepung sepenuhnya.
Timbalan Pengarah PGA,
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, Operasi Kachi dilancarkan atas arahan pucuk pimpinan PDRM susulan kebanjiran warga asing, terutama pelarian dari Myanmar di kawasan berkenaan.