Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: PDRM SIASAT PENIPUAN INFAK HAJI BABIT KERUGIAN RM2 JUTA

#LetsFightScammerTogether

Kuala Lumpur, 9 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 37 laporan polis membabitkan seramai 124 jemaah yang disyaki menjadi mangsa penipuan infak haji dengan jumlah kerugian mencecah RM2,006,430.99.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, setakat ini sebanyak 11 kertas siasatan telah dibuka dan tiga tangkapan telah dibuat.

“Siasatan menyeluruh dan terperinci sedang dilaksanakan terhadap semua laporan berkaitan kes penipuan infak haji.

“Kita turut bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Lembaga Tabung Haji serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menyemak status sah syarikat-syarikat yang menawarkan pakej sedemikian,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS