Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

WAJIBKAN PASANG "SPEED LIMITER" PADA KENDERAAN BERAT - KERATAN AKHBAR PILIHAN

George Town, 11 Jun 2025 - Kerajaan sedang merangka beberapa dasar baharu seperti pelaksanaan mandatori pengehad kelajuan (speed limiter) dan pemasangan kamera video pada kenderaan berat sebagai langkah memperkukuh keselamatan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook berkata, antara perkara lain yang sedang diteliti kementeriannya ialah mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar dalam bas ekspres.

"Kenderaan berat pada masa ini dilengkapi dengan pengehad kelajuan, namun peranti itu sering diubah suai sehingga tidak lagi berfungsi untuk mengawal kelajuan.

"Peranti ini dipasang pada kenderaan bagi mengelakkan mereka memandu melebihi had laju, tetapi apa yang berlaku adalah peranti sering diubah suai.

"Ini cabaran yang perlu kita tangani dalam memastikan pematuhan oleh syarikat-syarikat yang mengendalikan kenderaan berat termasuk lori dan bas," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Cruise World Malaysia 2025 di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS