Kuala Lumpur, 12 Jun 2025 - Polis menemukan dadah seberat 123.2 kilogram (kg) bernilai RM4.6 juta dalam kereta utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Loji Taman Pulai Savana, Gerik, Jumaat lalu.
Ketua
Polis Perak, CP Dato’ Noor Hisam Nordin, berkata laporan berhubung penemuan dadah dalam Honda HRV itu diterima melalui aduan awam kira-kira jam 1 pagi.
“Penemuan kedua-dua jenis dadah ini juga antara rampasan terbesar yang dilakukan polis Perak pada tahun ini.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menemukan 80 peket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 82.8kg serta 39 peket lutsinar dadah jenis Ketamin seberat 40.4kg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini semalam.