Kuala Lumpur, 20 Jun 2025 - Tindakan seorang pelajar sebuah universiti memiliki 5,000 bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan bahan lucah dewasa dalam peranti miliknya mengundang padah apabila ditahan dalam Op Pedo, baru-baru ini.
Siasatan mendapati perbuatan terkutuk itu dilakukan sendiri oleh suspek berusia 20 tahun membabitkan dua mangsa kanak-kanak tempatan dan ada yang dimuat turun dari internet.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11),
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek di Johor pada 29 April lalu.
Menurutnya, tangkapan dibuat hasil kerjasama dengan Google di mana serbuan dilakukan Unit Malaysia Internet Crime Against Children, JSJ Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui 5,000 CSAM dan bahan lucah dewasa di dalam peranti milik suspek dipercayai dimuat turun dari internet selain disyaki dihasilkan membabitkan dua mangsa kanak-kanak.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.