Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS GESA GUNA SISTEM AI DI PINTU SEMPADAN

Kuala Lumpur, 25 Jun 2025 - Polis menggesa penggunaan sistem kawalan keselamatan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dilaksanakan secara menyeluruh di pintu sempadan keluar masuk negara serta syarikat penghantaran.

Gesaan itu susulan taktik baharu sindiket penyeludupan dadah dalam bentuk cecair vape eksklusif ke luar negara menggunakan Malaysia sebagai transit serta taktik lain penyeludupan membabitkan bahan kontraban.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, pemeriksaan lebih ketat dan efisien perlu diperkukuh di semua peringkat termasuk lapangan terbang dan syarikat kurier bagi menangani percubaan seumpama itu.

“Pemeriksaan ketat dan lebih efisien dengan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi AI perlu dilaksanakan secara menyeluruh.

“Ini termasuk di peringkat lapangan terbang dan syarikat kurier, agar percubaan menyeludup dadah dalam bentuk cecair seperti ini dapat dikesan lebih awal,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar dan pautan terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS