Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: PADAH BAWA TIGA EKOR PELANDUK SIAP ‘DILAPAH’, 18 BUTIR PELURU

Temerloh, 29 Jun 2025 - Dua lelaki bukan sahaja ditahan bersama tiga ekor pelanduk yang sudah ‘dilapah', seekor burung merbah serta perangkap, malah mereka turut memiliki 18 biji peluru penabur, satu kelongsong peluru 70 mm tanpa lesen senjata api di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh, di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek masing-masing seorang berusia 50 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 32 tahun ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilakukan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Operasi tersebut dijalankan bermula pukul 8.30 malam dan tamat pada pukul 12.01 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, kesemua peluru dan haiwan berkenaan ditemukan di dalam trak pikap jenis Toyota Hilux dinaiki suspek daiam operasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemukan 18 biji peluru penabur, satu kelongsong peluru penabur 70 milimeter, tiga karkas dipercayai pelanduk, seekor burung merbah dan sejumlah perangkap.

“Suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah daripada PERHILITAN dan gagal mengemukakan lesen memiliki senjata api,” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS