Shah Alam, 2 Julai 2025 - Dua operasi berasingan di sekitar ibu negara pada 25 dan 26 Jun lalu membawa kepada penahanan 18 individu serta rampasan jus mengandungi dadah bernilai RM21.39 juta.
Ketua
Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, serbuan membabitkan beberapa makmal memproses cecair vape dan jus mengandungi dadah dengan tangkapan pula antaranya membabitkan warga Taiwan.
“Kes pertama membabitkan dua serbuan berasingan ke atas dua unit kondominium di Ampang. Kami menahan tiga lelaki warga Taiwan, seorang lelaki tempatan serta seorang wanita warga Vietnam berumur 20 hingga 37 tahun.
“Dadah dirampas membabitkan MDMA seberat 124.74 kilogram (kg), Kokain seberat 2.8kg, Bunga Ganja seberat 0.041kg, tujuh katrij vape mengandungi Kokain seberat 0.057kg serta 14 katrij mengandungi MDMA seberat 0.14kg bernilai keseluruhan RM21.39 juta.
“Sindiket ini aktif sejak Oktober 2024 dan sindiket menyewa kedua-dua unit kondominium dengan kadar sewa RM6,000 seunit. la dijadikan pusat memproses cecair vape untuk pasaran tempatan dan luar negara.
“Sindiket memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM200,000sebulan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.