Menurutnya, isu kebebasan berhimpun diberi perhatian serius oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim selaku peneraju utama agenda reformasi Kerajaan Madani, dan beliau mengumumkan keputusan Kabinet untuk melaksanakan moratorium terhadap sebarang pendakwaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai langkah awal ke arah pembaharuan menyeluruh terhadap undang-undang berkaitan hak berhimpun.