Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEGANGAN GENERASI BAHARU PDRM

Kuching, 4 Julai 2025 - Tiga elemen utama perlu menjadi pegangan generasi baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani tugas yang semakin mencabar.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad berkata, tiga elemen yang perlu diberi fokus itu ialah integriti, celik teknologi dan disiplin.

Beliau berkata, elemen itu penting bagi memperkukuh pasukan polis dalam mengharungi cabaran getir melaksanakan tanggungjawab.
Menurutnya, dalam landskap dunia digital dan media sosial yang serba pantas, setiap anggota PDRM perlu diberi pendedahan teknologi serta mengekalkan integriti tanpa kompromi.

“Kredibiliti pasukan bergantung kepada tindakan setiap anggotanya dan latihan asas ini bukan saja menekankan aspek fizikal, malah turut membina daya tahan mental dan rohani bagi berdepan tekanan tugas dengan bijaksana,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS