Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS 2,600 ROKOK ELEKTRONIK RM520,000

Kota Bharu, 5 Julai 2025 - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 2,600 unit rokok elektronik dianggarkan bernilai RM520,000 dalam satu operasi di kawasan pangkalan haram Tengkorak, dekat Pengkalan Kubor, Tumpat pada Selasa lalu.

Komander Briged Tengah PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rampasan dilakukan pada jam 10.30 pagi ketika anggota pasukan itu menjalankan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan sempadan berkenaan.

Beliau berkata, sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan ditahan di lokasi terbabit sebelum seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tampil menuntut kenderaan itu semasa pemeriksaan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah besar rokok elektronik yang disembunyikan dalam kenderaan berkenaan.

“Kesemua barangan rampasan termasuk suspek diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat mengikut Perintah 4(1), 4(2) dan 6 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Rokok Elektronik) 2022.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS