Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ESSZONE AMAN, SELAMAT DIKUNJUNGI

Semporna, 6 Julai 2025 - Sabah khususnya kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) adalah destinasi yang aman dan selamat untuk dikunjungi pelancong luar negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, bagi memperkukuh persepsi positif serta keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap tahap keselamatan kawasan itu, 15 wakil diplomatik dan pegawai perwakilan asing dari 10 negara diberikan taklimat keselamatan serta dibawa meninjau ESSZone, semalam.

“Tahun ini adalah tahun kedua Kementerian Dalam Negeri bersama Eastern Sabah Security Command membawa diplomat dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Ireland, Jerman, Kanada, New Zealand, China, Korea Selatan dan Sepanyol menyertai siri lawatan sehari ke lokasi utama pelancongan di ESSZone.

“Kita melawat Pulau Omadal, Pulau Sibuan, Pulau Bohey Dulang dan Pulau Mataking, tujuannya bagi membolehkan perwakilan asing ini melihat sendiri suasana semasa, memahami konteks keselamatan kawasan yang dilawati sekali gus mereka berpeluang berinteraksi langsung bersama komuniti setempat,” katanya selepas Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Menteri Dalam Negeri Bersama Perwakilan Asing di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, slow loris and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS