Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PELACUR HOTEL MEWAH DITAHAN

Petaling Jaya, 20 Julai 2025 - Kegiatan pelacuran kelas atasan yang berselindung di sebalik operasi hotel dan apartmen mewah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya berjaya dibongkar dalam satu serbuan khas, Khamis lalu.

Operasi Op Noda yang dijalankan pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Korigsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil risikan dan maklumat awam.

Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Marsus berkata, serbuan itu membawa kepada penahanan 21 individu termasuk seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang bertindak sebagai penjaga wanita terbabit.

Turut ditahan, 20 pelacur terdiri daripada dua rakyat tempatan, lapan dari China, Mongolia (tiga), Uzbekistan (tiga) serta masing-masing seorang dari Jepun, Rusia, Vietnam dan Laos.

"Modus operandi sindiket pelacuran ini adalah menawarkan khidmat seks melalui laman web dengan mempamerkan gambar-gambar wanita seksi dengan meletakkan pakej serta harga untuk setiap perkhidmatan seks," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 8 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS