Kuala Lumpur, 21 Julai 2025 - Sebanyak 146 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan manakala tujuh lelaki ditahan kerana positif dadah dalam Op Perdagangan selama tiga hari bermula 15 Julai lalu.
Operasi bersepadu dijalankan
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama agensi lain itu tertumpu di Plaza Tol Ipoh Selatan dan Plaza Tol Ipoh Utara di Perak serta Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.
Pengarah JSPT, Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, operasi itu bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan perdagangan yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk pandu laju.
“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 146 saman trafik dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.
“Tujuh lelaki turut ditahan kerana positif dadah dan siasatan lanjut dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan,” katanya, kelmarin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.