Putrajaya, 28 Julai 2025 - Penduduk Putrajaya diingatkan supaya tidak bimbang dengan bunyi tembakan meriam dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan gangguan trafik sempena Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan Negara, di sini, Khamis ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed berkata, Angkatan Tentera Malaysia akan melepaskan 21 das tembakan meriam pada hari sambutan Khamis ini manakala dua das tembakan pada sesi raptai penuh di lokasi yang sama esok.
"Penduduk sekitar dinasihatkan tidak panik apabila mendengar letupan meriam manakala kesesakan jalan raya dijangka berlaku dari jam 7 hingga 10 pagi. Justeru, pengguna dinasihatkan memberi kerjasama dan mematuhi isyarat polis bagi memastikan kelancaran istiadat perbarisan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, beberapa laluan utama akan terbabit sepanjang acara berlangsung iaitu Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.