Muar, 2 Ogos 2025 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan jalan laut susulan penahanan 10 suspek termasuk suami isteri dan merampas 61.3 kilogram (kg) Methampethamine dan 51.3 gram (g) Pil Ekstasi bernilai RM2 juta.
Tangkapan dilakukan antara jam 2 hingga 5 petang pada 21 Julai lalu hasil empat serbuan di Muar dan Batu Pahat, di sini, selain Cheras di Kuala Lumpur.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato’ Hussein Omar Khan, berkata sindiket itu dikesan mula aktif sejak Oktober lalu dengan menjadikan rumah teres sebagai lokasi penyimpanan dadah, sebelum dipasarkan ke pasaran antarabangsa melalui laluan laut menggunakan bot.
Beliau berkata, kegiatan terbongkar selepas polis menahan kereta mewah di Parit Pulai di Parit Jawa, Muar dan menahan seorang lelaki selepas pemeriksaan menemukan 51 bungkusan plastik hijau, biru dan merah disyaki Methamphetamine dianggar seberat 51kg.
“Serbuan susulan dilakukan di rumah dan sekitar Parit Pulai, dekat sini sebelum suami isteri ditahan. Lima lagi suspek termasuk seorang warga asing ditahan di Parit Bakar, Muar.
“Selain itu, seorang lagi ditahan di Batu Pahat dipercayai ketua sindiket, manakala suspek terakhir ditahan di rumah di Cheras. Hasil pemeriksaan menemui 17 paket plastik mengandungi Methamphetamine seberat 10kg dan 105 Pil Ekstasi dianggar seberat 51 gram,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.