Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KAMERA BADAN UNTUK ANGGOTA URB, MPV

Kuala Lumpur, 3 Ogos 2025 - Polis Diraja Malaysia sedang menguruskan pembekalan kamera badan terutama bagi Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Kereta Peronda (MPV).

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pemakaian kamera badan amat penting bagi kedua-dua unit tersebut.

“Kita sudah minta supaya semua anggota terutama dari URB serta MPV dibekalkan dengan alat itu (kamera badan).

“Jumlah keseluruhan yang kita sudah pakai di seluruh negara adalah 7,648 unit untuk fasa 1 dan akan peroleh lagi kira-kira 10,000 fasa 2 nanti,” katanya selepas melawat anggota Balai Polis Pudu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden membabitkan Korperal Mohd. Nadzri Sudiman, 35, yang parah ditikam oleh seorang lelaki dalam kejadian di Pasar Pudu, kelmarin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran

May be an image of 3 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS