Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: KAYU GAHARU, ALATAN LEBIH RM106 JUTA DISITA

Melaka, 5 Ogos 2025 - Polis menyita pelbagai kayu gaharu dan peralatan bernilai lebih RM106 juta dalam dua serbuan bersepadu di kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai dan sebuah rumah di Ayer Keroh Heights.

Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Dzulkhairi Mukhtar berkata, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu dijalankan selepas bertindak hasil risikan pasukan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, 31 Julai lalu.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua premis menjalankan aktiviti pemilikan, penyimpanan, pemprosesan dan urus niaga kayu gaharu secara tidak sah.

“Kayu gaharu ditemukan disyaki spesies pokok ‘aquilaria malaccensis’ atau ‘agarwood’ yang dikawal di bawah Akta PerhutanaPolis Terengganukta 313) serta peraturan-peraturan hasil hutan berkaitan yang dikuatkuasakan Jabatan Perhutanan,” katanya pada sidang media di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS